Saturday 18 June 2011

Rawatan Refleksologi Jurus

"Perut ialah tempat segala penyakit, manakala pencegahan adalah pokok segala pengubatan" ( riwayat Dailami).

Hadis Rasulullah SAW di atas menerangkan tentang perut yang menjadi punca segala penyakit.  Berdasarkan hadis tersebutlah maka setiap rawatan   Refleksologi Jurus ini dimulai dengan rawatan perut. Rawatan perut ini dinamakan rawatan asas. Setelah selesai  rawatan asas, barulah diteruskan dengan rawatan bagi punca penyakit yang dihidapi. Contohnya jika anda menghidap penyakit kulit dan penyakit kulit itu berpunca daripada masalah hati, maka masalah hati itu perlu dirawat terlebih dahulu kemudian barulah dirawat penyakit kulit.

Setiap penyakit ada ubatnya. Hal ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila menepati ubat dengan penyakit tersebut, maka sembuhlah ia dengan izin Allah.  (Riwayat Muslim dan Ahmad) 

Buku ini akan menyenaraikan rawatan   penyakit bermula daripada rawatan asas, rawatan punca penyakit, dan rawatan penyakit yang dihadapi. Sekiranya langkah-langkah rawatan ini diikuti dengan tekun, maka penyakit anda akan berkurangan dan seterusnya sembuh dengan izin Allah SWT.

Teori  bagi perubatan Refleksologi Jurus ini ialah 50% urutan, 30% ubatan, dan 20% pantang. Sekiranya anda ingin melengkapkan  rawatan refleksologi ini, maka anda disarankan  mengikuti cara rawatannya iaitu menggunakan ubatan daripada  tumbuhan herba dan  makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, zafran, dan habbaus sauda'. Selain itu juga anda digalakkan supaya berpantang iaitu mengelakkan makan makanan tertentu. Tujuan berpantang ialah  untuk mempercepat kesembuhan.

No comments:

Post a Comment