Monday 6 June 2011

Organ yang terlibat, penyakit, rawatan, pantang

JURUS 4 (perut kaki kiri)

Jurus 4 merujuk pada bahagian perut kaki kiri. Apabila urutan dilakukan pada bahagian ini, pesakit akan berasa amat sakit. Masalah yang dikesan pada Jurus 4 termasuklah usus besar, perut, hempedu, (pankreas), liver (hati), limpa, dan buah pinggang.

Usus besar

Masalah pada usus besar ialah gastik. Gastrik berlaku disdebabkan oleh pemakanan yang tidak mengikut jadual. Apabila makanan yang dimakan lambat sampai ke perut sedangkan  asid telah ada diperut kemudian berlakulah tindakbalas asid dengan makanan. Hal ini menyebabkan  pesakit akan berasa pedih ulu hati (gerd) setelah setengah jam atau sejam selepas makan.  Manakala apabila makanan yang dimakan telah sampai di perut sedangkan kehadiran  asid lambat, kemudian berlakulah tindakbalas  asid dengan makanan. Hal ini menyebabkan pesakit akan sendawa. Kedua-dua masalah ini disebabkan oleh pemakanan yang tidak mengikut jadual.

Pesakit gastrik akan mengalami kesan-kesan yang berikut:
(a)   sukar bernafas;
(b)  sakit di belikat;
(c)  sejuk kaki tangan;
(d)  debaran jantung menjadi laju;
(e)  sukar lena malam;
(f)  bisa-bisa badan;
(g)  loya;
(h)  sakit dada.

Gastrik dirawat dengan cara urutan di Jurus 4 dan menggunakan daun durian belanda, bawang merah, bawang putih, daun kesinai, madu lebah asli, minyak lenga, kunyit hidup, telur ayam kampung, serta serbuk lada putih.

Perut

Pengambilan makanan sama ada cepat atau lambat daripada kebiasaan seseorang  akan menyebabkan perut kembung atau segah.
 Pesakit akan mengalami kesan-kesan yang berikut:
(a)  sakit  tengkuk;
(b)  berpeluh;
(c)  sukar bernafas;
(d)  cepat marah;
(e)  hilang selera makan;
(f)  loya;
(g)  sakit dada;
(h)  gangguan pada serapan makanan ;
(i)  ulser.

Masalah perut dirawat dengan cara urutan di Jurus 4 dan menggunakan daun durian belanda, bawang merah, bawang putih, daun kesinai, madu lebah asli, minyak lenga, kunyit hidup, telur ayam kampung, serta serbuk lada putih.

Hempedu (pankreas)

Masalah yang dihadapi termasuklah kurang gula dalam darah (hipoglesemia), kencing manis , dan batu dalam hempedu.  Ketiga-tiga masalah ini akan mengganggu hempedu.

Masalah pada hempedu akan menyebabkan pesakit mengalami kesan-kesan yang berikut:
(a)  mengah;
(b)  letih;
(c)  pengsan;
(d)  tidak ceria;
(e)  sukar bernafas;
(f)  timbul masalah-masalah dalam badan;

Pesakit yang mengalami  masalah batu dalam hempedu akan mengalami  tambahan kesan-kesan yang berikut:
(a)  sakit belakang;
(b) loya;
(c)  sakit dada.

 Masalah hempedu dirawat dengan cara urutan pada Jurus 4 dan menggunakan glukos, bunga pakma, madu lebah asli, sarang burung, serta safron.

Hati

Masalah hati yang gagal berfungsi akan menyebabkan kesan-kesan yang berikut:
(a)  gatal-gatal di seluruh badan;
i.  ekzema     ii.  meditaitis ??   iii.  siriosis
(b)  bintik-bintik hitam berkeping-keping kemudian berdebu putih;

Tanda-tanda masalah pada hati adalah seperti yang berikut:
(a)  letih;
(b)  sukar buang air besar;
(c)  perut buncit;
(d)  bengkak kaki;
(e)  segah selepas makan;
(f)  kuning seluruh badan.

Masalah hati  dirawat dengan cara urutan di Jurus 4 dan menggunakan daun kesinai, madu lebah asli, minyak lenga, kunyit hidup, telur ayam kampung, serbuk lada putih, susu kambing, daun mambu, pokok dukung anak, gula batu, akar bayam berduri hijau dan merah, bedak sejuk, serta  safron.

Limpa

Masalah pada limpa akan menyebabkan pesakit mengalami kekurangan darah (anemia) dan perut akan membengkak. Sekiranya pesakit itu wanita, kesannya  haid tidak teratur manakala pada lelaki kurang tenaga kelakian.

Masalah limpa dirawat dengan cara urutan pada Jurus 4 dan menggunakan



Buah pinggang

Masalah pada buah pinggang disebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi dan  tahap keratinan berlebihan sehingga menyebabkan  darah menjadi kotor.

Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang dikesan melalui tanda-tanda yang berikut:
(a)  bengkak kaki;
(b) sakit belakang;
(c)  kencing kotor;
(d)  kulit menjadi kusam;
(e)  pembentukan batu karang.

 Masalah hati dirawat dengan cara urutan di Jurus 4 dan menggunakan safron, madu lebah asli, serta sarang burung layang-layang.





No comments:

Post a Comment