Monday 6 June 2011

RAWATAN ASAS


RAWATAN ASAS

Setiap rawatan Refleksologi Jurus dimulakan dengan rawatan asas. Rawatan asas ini bertujuan untuk  mencuci perut yang menjadi punca penyakit. Rawatan asas yangdimaksudkan ini menggunakan daun durian belanda atau buah durian belanda, pucuk jambu batu, bawang merah, dan bawang putih. Biasanya daun durian belanda lebih kerap digunakan berbanding dengan buahnya. Hal yang demikian ini kerana daunnya lebih mudah diperoleh. Yang berikut adalah cara untuk menyediakan rawatan asas:

Bahan-bahan

50 helai daun durian belanda
7 helai pucuk jambu batu
1 cawan air
* kegunaan 3 malam

Cara penyediaan

1.   Ambil 16 helai daun durian belanda dan 2 helai pucuk jambu batu, basuh bersih-bersih.
2.   Masukkan daun-daun tersebut ke  dalam  mesin pengisar bersama 1 cawan air.
3.   Kisar  daun sehingga hancur kemudian tapis airnya dan buang  hampasnya.
4.   Minum jus tersebut selepas makan malam,
5.  Ulangi cara yang sama pada malam kedua, dan habiskan baki daun pada malam ketiga.

ATAU

Bahan-bahan

60 gm buah durian belanda
9 butir biji buah durian belanda
1 cawan air
kegunaan 3 hari

Cara penyediaan

1. Tumbuk 1 1/2 butir biji durian belanda sehingga hancur.
2. Masukkan 10 gm buah durian belanda dan biji durian belanda yang telah ditumbuk bersama dengan 1 cawan air ke dalam mesin pengisar.
3. Kisar buah durian belanda tersebut sehingga hancur.
4. Minum jus tersebut selepas makan malam.
5. Simpan baki buah durian belanda untuk kegunaan seterusnya.
6. Ulangi cara yang sama pada malam kedua dan ketiga.


Bahan-bahan

300 gm bawang merah
300 gm bawang putih

Cara penyediaan

1.   Ambil 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih, basuh bersih-bersih.
2.   Goreng tanpa minyak bawang merah dan putih dengan api yang sederhana sehingga  bawang kelihatan layu
3. Kupas kulit bawang dan makan dengan  nasi.
4.    Makan setiap hari, habiskan kesemua bawang tersebut.

 Kanak-kanak

Bahan-bahan
24 helai daun durian belanda 3 helai pucuk jambu batu
1 cawan air
*kegunaan 3 malam

Cara penyediaan

1.  Ambil 8 helai daun durian belanda dan 1 pucuk jambu batu, basuh bersih-bersih.
2.  Masukkan daun-daun tersebut ke dalam mesin pengisar bersama 1 cawan air.
3.  Kisar daun sehingga hancur kemudian  tapis airnya  dan buang hampasnya.
4.  Minum jus tersebut selepas makan malam.
5.  Ulangi cara yang sama pada malam kedua  dan habiskan baki daun pada malam ketiga.

           ATAU

Bahan-bahan

30 gm buah durian belanda
5 butir biji durian belanda
*kegunaan 3 hari

Cara penyediaan

1.  Tumbuk  1 1/2 butir biji durian belanda sehingga hancur.
2.  Masukkan 10 gm buah durian belanda dan biji durian belanda yang telah ditumbuk bersama dengan 1 cawan air ke dalam mesin pengisar.
3.  Kisar buah durian belanda  tersebut sehingga hancur.
4.  Minum jus tersebut selepas makan malam.
5. Simpan baki buah durian belanda untuk kegunaan seterusnya.
6.  Ulangi cara yang sama pada malam kedua dan ketiga.

No comments:

Post a Comment