Wednesday 22 June 2011

Usus yang teruk / Kanser usus

Bahan-bahan

150 helai daun kesinai
1 botol lada putih
1 botol minyak bijan (minyak lenga)
20 gm kunyit hidup
6 biji telur ayam kampung
1 botol madu lebah asli
1/2 cawan air
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
Penapis plastik
Pengisar

*untuk kegunaan 3 hari

 Cara Penyediaan

1. Ambil 50 helai daun kesinai, basuh bersih-bersih, kemudian masukkannya ke dalam pengisar.
2. Masukkan 1/2 cawan air, kisar daun kesinai sehingga halus.
3. Tapis jus kesinai dan buang hampasnya.
4. Masukkan semula jus kesinai ke dalam pengisar.
5. Potong kecil-kecil 1/2 inci kunyit hidup, tiga ulas bawang merah, dan satu ulas bawang putih. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
6. Ambil sebiji telur ayam kampung, basuh bersih-bersih. Pecahkan telur, ambil kuning telur sahaja, masukkan ke dalam pengisar.
7. Kemudian masukkan sedikit lada putih, satu camt. minyak bijan, dan tiga camt. madu asli (boleh dilebihkan).
8. Kisar semua bahan hingga halus.
9. Tuang ke dalam cawan, minum jus kesinai pada setiap pagi sebelum sarapan.
10. Ulangi cara yang sama pada hari kedua dan hari ketiga.
Bahan-bahan

1 biji buah delima batu mekah (buah zuriat)
1  cawan air
1  camt. madu lebah asli

Cara Penyediaan
1.  Ambil sebiji buah delima batu mekah, basuh bersih-bersih,  kemudian kelar-kelarkannya.
2.  Rebus buah delima batu mekah dalam periuk tanah bersama 1 cawan air sehingga mendidih.
3.  Tuang air rebusan ke dalam cawan. Setelah suam, masukkan satu camt. madu  lebah asli, kacau air mengikut arah lawan jam.
4.  Minum air rebusan  sebelum sarapan.
5.  Simpan buah delima batu mekah di dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.
6.  Jumlah penggunaan bergantung pada warna air rebusannya (hingga tiada warna).




No comments:

Post a Comment