Thursday 31 May 2012

Kecacingan (cacing dalam perut)

Bahan-bahan

1 biji kelapa mumbang
1  sudu beras

Cara penyediaan

1.  Potong bahagian atas  kelapa mumbang (buat seperti memotong kelapa muda.
2.  Ambil satu sudu beras, goreng tanpa minyak sehingga hangus.
3.  Masukkan beras goreng ke dalam kelapa,  tutup dengan kulit kelapa.
4.  Tunggu sehingga beras itu suam.
5.  Tapis airnya, dan minum.

Friday 17 February 2012

Penyakit Kulit (berpunca daripada buah pinggang)

Rawatan asas
-lihat  rawatan asas-
Rawatan Punca Penyakit

Bahan-bahan

1 kotak safron atau 1 botol minyak safron
4 keping sarang burung layang-layang (untuk dewasa)  atau  2 keping sarang burung layang-layang ( untuk kanak-kanak)
1 botol madu lebah asli
1 batang kulit kayu manis
2 cawan air (hari pertama)  1 cawan air ( hari kedua - ke 40)
periuk tanah
penapis plastik
sudu plastik


Cara Penyediaan

Hari Pertama
1.  Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk tanah.
2.  Masukkan 4 keping sarang burung layang-layang (dewasa)  atau 2 keping sarang burung layang-layang (kanak-kanak).
3.  Rebus sarang burung layang-layang dengan api sederhana sehingga mendidih.
4.  Tapis air rebusan, masukkan beberapa urat safron dan biarkan safron kembang sehingga mengeluarkan warnanya atau masukkan beberapa titik  safron .
5.  Setelah  air suam, masukkan 1 sudu madu lebah asli, kacau air mengikut arah lawan jam.
6.  Minum air tersebut setiap pagi sebelum sarapan.

Hari kedua  hingga hari ke 40

1.  Rebus sarang burung layang-layang dengan secawan air.
2.  Ikuti langkah-langkah penyediaan yang sama seperti di atas.
3.  Pada hari yang ke 40, air rebusan tidak perlu lagi ditapis.
4.  Minum air rebusan bersama-sama dengan sarangnya.


Rawatan Penyakit

Bahan-bahan

5 akar bayam berduri hijau
1 bungkus gula batu
1  cawan air
Periuk tanah
Sudu plastik

Cara Penyediaan

1.  Basuh bersih-bersih akar bayam berduri hijau.
2.  Masukkan ke dalam periuk tanah bersama dengan secawan air.
3.  Rebus akar bayam berduri hijau sehingga mendidih, masukkan sedikit gula batu.
4.  Tapis air rebusan dalam cawan dan biarkan suam.
5.  Minum pada setiap malam.

Bahan-bahan

5 akar bayam berduri merah
1  bungkus bedak sejuk
1  cawan air
Penapis plastik
Pengisar

Cara Penyediaan

1.  Basuh bersih-bersih akar bayam berduri merah.
2.  Kisar akarnya  dengan sedikit  air hingga hancur kemudian tapis airnya.
3.  Ambil sedikit bedak sejuk, bancuh dengan air bayam berduri merah.
4.  Sapu pada kulit yang gatal.

Penyakit Kulit (berpunca daripada hati)

Rawatan asas
- lihat rawatan asas-

Rawatan Punca Penyakit

Bahan-bahan

150 helai daun kesinai
1 botol lada putih
1 botol minyak bijan (minyak  lenga)
20 gm  kunyit hidup
6 biji telur ayam kampung
1 botol  madu lebah asli
1/2 cawan air
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
Penapis plastik
Pengisar
*untuk kegunaan 3 hari

Cara Penyediaan
1.  Basuh 50 helai daun kesinai bersih-bersih,  kemudian masukkannya ke dalam pengisar.
2.  Masukkan 1/2 cawan air, kisar daun  kesinai sehingga halus.
3.  Tapis jus kesinai dan buang hampasnya.
4.  Masukkan semula jus kesinai ke dalam  pengisar.
5. Potong kecil-kecil 1/2 inci kunyit hidup, tiga ulas bawang merah, dan satu ulas bawang putih. Masukkan semua bahan   ke dalam  pengisar.
6.  Ambil sebiji  telur ayam kampung, basuh bersih-bersih. Pecahkan telur, ambil kuning telur sahaja, masukkan ke dalam  pengisar.
7.  Kemudian masukkan sedikit lada putih, satu camt. minyak bijan, dan tiga camt. madu asli (boleh dilebihkan).
8.  Kisar semua bahan hingga halus.
9.  Tuang ke dalam cawan, minum jus kesinai pada setiap  pagi sebelum sarapan.
10.  Ulangi cara yang sama pada hari kedua dan hari ketiga.




Sunday 29 January 2012

S:  Mengapakah bayi yang baru dilahirkan mengalami kuning atau jaundis?
J:  Bayi yang baru dilahirkan mengalami jaundis disebabkan hatinya masih belum dapat berfungsi       sepenuhnya. Biasanya hati bayi akan pulih  dalam masa tujuh hingga ke 14 hari.

S:  Apakah rawatan bagi bayi yang mengalami jaundis?
J:  Rawatan bagi bayi yang mengalami jaundis ialah menggunakan pokok dukung anak.

S:  Bagaimanakah cara rawatannya?

Tuesday 17 January 2012

S:  Adakah mimpi-mimpi da kaitan dengan taraf kesihatan seseorang?
J:  Ya
 
S: Apakah jenis mimpi tersebut?
J:  Jenis mimpi tersebut ialah mimpi yang menakutkan.

S:  Bagaimanakah  jenis mimpi-mimpi yang menakutkan  itu?
J:  Jenis-jenis mimpi yang menakutkan termasuklah
(a)  bermimpi dikejar oleh haiwan seperti ular, kala jengking, burung dan sebagainya;
(b)  bermimpi bertemu dengan orang-orang yang telah meninggal dunia;
(c)  bermimpi terjatuh dalam sungai, dari tangga, bangunan yang tinggi, dan sebagainya.

S:  Apakah maksud mimpi tersebut?
J:  Maksud mimpi tersebut  ialah kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh badan.

S: Apakah puncanya?
J:  Hal ini berpunca akibat daripada pembakaran karbohidrat dalam tubuh  badan yang tidak sempurna.

S:  Apakah kesannya pada tubuh badan?
J:  Badan akan terasa panas dan letih.

S:  Bagaimanakah cara rawatannya?
J:   Pesakit akan diurut di setiap bahagian Jurus.