Wednesday, 29 June 2011

PENGENALAN

Allah SWT telah mencipta pelbagai jenis penyakit. Namun, terlebih dahulu Allah SWT mencipta ubat-ubatannya. Pelbagai jenis penyakit itu adalah seperti yang berikut:
(a)   penyakit dari luar iaitu kulit;
(b)  penyakit dari organ;
(c)  penyakit dari kelenjar;
(d)  penyakit dari sendi;
(e)  penyakit dari urat;
(f)  penyakit dari jiwa atau batin;
(g)  penyakit dari sihir;
(h)  penyakit dari gangguan (jin).

Cara merawat penyakit juga ada pelbagai jenis, antaranya termasuklah:
(a)  perubatan moden;
(b)  perubatan homeopati;
(c)  perubatan cina (sinseh);
(d)  perubatan iridiologi;
(e)  perubatan melalui tanda;
(f)  perubatan melalui urutan tangan dan kaki.

Jenis-jenis ubatan pula adalah sepert yang berikut:
(a)  ubatan moden;
(b)  ubatan campuran herba;
(c)  ubatan campuran kulat;
(d)  ubatan daripada kulit dan organ haiwan;
(e)  ubatan daripada madu lebah dan susu;
(f)  ubatan daripada perahan buah-buahan atau herba.

Wednesday, 22 June 2011

Usus yang teruk / Kanser usus

Bahan-bahan

150 helai daun kesinai
1 botol lada putih
1 botol minyak bijan (minyak lenga)
20 gm kunyit hidup
6 biji telur ayam kampung
1 botol madu lebah asli
1/2 cawan air
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
Penapis plastik
Pengisar

*untuk kegunaan 3 hari

 Cara Penyediaan

1. Ambil 50 helai daun kesinai, basuh bersih-bersih, kemudian masukkannya ke dalam pengisar.
2. Masukkan 1/2 cawan air, kisar daun kesinai sehingga halus.
3. Tapis jus kesinai dan buang hampasnya.
4. Masukkan semula jus kesinai ke dalam pengisar.
5. Potong kecil-kecil 1/2 inci kunyit hidup, tiga ulas bawang merah, dan satu ulas bawang putih. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
6. Ambil sebiji telur ayam kampung, basuh bersih-bersih. Pecahkan telur, ambil kuning telur sahaja, masukkan ke dalam pengisar.
7. Kemudian masukkan sedikit lada putih, satu camt. minyak bijan, dan tiga camt. madu asli (boleh dilebihkan).
8. Kisar semua bahan hingga halus.
9. Tuang ke dalam cawan, minum jus kesinai pada setiap pagi sebelum sarapan.
10. Ulangi cara yang sama pada hari kedua dan hari ketiga.
Bahan-bahan

1 biji buah delima batu mekah (buah zuriat)
1  cawan air
1  camt. madu lebah asli

Cara Penyediaan
1.  Ambil sebiji buah delima batu mekah, basuh bersih-bersih,  kemudian kelar-kelarkannya.
2.  Rebus buah delima batu mekah dalam periuk tanah bersama 1 cawan air sehingga mendidih.
3.  Tuang air rebusan ke dalam cawan. Setelah suam, masukkan satu camt. madu  lebah asli, kacau air mengikut arah lawan jam.
4.  Minum air rebusan  sebelum sarapan.
5.  Simpan buah delima batu mekah di dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.
6.  Jumlah penggunaan bergantung pada warna air rebusannya (hingga tiada warna).




Buasir

Buasir

112 daun durian belanda  (kegunaan 7 malam)
14 helai pucuk jambu batu
1 cawan air
Cara menyediakannya
1.       Ambil 16 helai daun durian belanda dan 2 helai pucuk jambu batu, basuh daunnya.
2.       Masukkan daun ke  dalam  mesin pengisar kemudian tambah 1 cawan air.
3.       Kisar  daun hingga hancur kemudian tapis airnya ( hampasnya dibuang).
4.       Ulangi cara yang sama untuk malam kedua hingga ke enam.
5.       Habiskan baki daun pada malam ketujuh.

300 gm bawang merah
300 gm bawang putih

1.      Ambil  3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih
2.       Goreng  bawang     tanpa minyak (tidak dikupas kulitnya).
3.       Kupas kulit bawang, kemudian makan bawang    (sebagai ulam) dengan  nasi
          atau     sebagainya

Saturday, 18 June 2011

Rawatan Refleksologi Jurus

"Perut ialah tempat segala penyakit, manakala pencegahan adalah pokok segala pengubatan" ( riwayat Dailami).

Hadis Rasulullah SAW di atas menerangkan tentang perut yang menjadi punca segala penyakit.  Berdasarkan hadis tersebutlah maka setiap rawatan   Refleksologi Jurus ini dimulai dengan rawatan perut. Rawatan perut ini dinamakan rawatan asas. Setelah selesai  rawatan asas, barulah diteruskan dengan rawatan bagi punca penyakit yang dihidapi. Contohnya jika anda menghidap penyakit kulit dan penyakit kulit itu berpunca daripada masalah hati, maka masalah hati itu perlu dirawat terlebih dahulu kemudian barulah dirawat penyakit kulit.

Setiap penyakit ada ubatnya. Hal ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila menepati ubat dengan penyakit tersebut, maka sembuhlah ia dengan izin Allah.  (Riwayat Muslim dan Ahmad) 

Buku ini akan menyenaraikan rawatan   penyakit bermula daripada rawatan asas, rawatan punca penyakit, dan rawatan penyakit yang dihadapi. Sekiranya langkah-langkah rawatan ini diikuti dengan tekun, maka penyakit anda akan berkurangan dan seterusnya sembuh dengan izin Allah SWT.

Teori  bagi perubatan Refleksologi Jurus ini ialah 50% urutan, 30% ubatan, dan 20% pantang. Sekiranya anda ingin melengkapkan  rawatan refleksologi ini, maka anda disarankan  mengikuti cara rawatannya iaitu menggunakan ubatan daripada  tumbuhan herba dan  makanan sunnah seperti madu, minyak zaitun, zafran, dan habbaus sauda'. Selain itu juga anda digalakkan supaya berpantang iaitu mengelakkan makan makanan tertentu. Tujuan berpantang ialah  untuk mempercepat kesembuhan.

Batuk

5 akar bayam berduri hijau
1 bungkus gula batu
1 cawan air
1  biji periuk tanah

Cara menyediakannya
1.  Basuh akar bayam berduri hijau.
2.  Rebus kesemua akarnya dalam periuk tanah dengan secawan air sehingga mendidih.
3.  Tapis airnya. Masukkan sedikit gula batu, kacau mengikut arah lawan.
4.  Simpan akar di  dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.
5.  Ulangi cara yang sama selama tujuh malam.

Kanak-kanak

3  akar bayam berduri hijau
Cara penyediaan yang sama.

Sendi

Bahan-bahan

1 kotak  safron atau 1 botol minyak safron
1  botol madu lebah asli
1/2  cawan air suam

Cara Penyediaan

1.  Masukkan lima urat safron atau 3 titik minyak safron ke dalam air suam.
2.  Biarkan safron  kembang sehingga mengeluarkan warnanya selama 3 - 5 minit.
3.  Masukkan satu camt. madu lebah  asli, kacau airnya  mengikut arah lawan jam.
4.  Minum air safron pada setiap pagi sebelum sarapan.

Kolestrol

Bahan-bahan

1 camt. minyak  atau serbuk habbatussauda' (jintan hitam)
2 camt. minyak zaitun
3  camt. madu lebah asli
1/2  cawan air suam

Cara Penyediaan
1.  Masukkan 1 camt. minyak  atau serbuk habbatussauda',  2 camt. minyak zaitun, dan 3 camt. madu
     lebah asli ke dalam  1/2 cawan air suam.
2.  Kacau  air mengikut arah lawan jam.
3.  Minum selepas makan malam.