Wednesday, 29 June 2011

TUAM

Tuam
2 kati (1.2 kg) pasir sungai atau garam kristal
Sebungkus halba
Sebungkus jintan manis atau jintan putih
Kain untuk membungkus bahan

Cara menyediakannya
1.     Masukkan pasir sungai atau garam kristal ke dalam kuali.
2.    Kemudian masukkan 1 camb. halba dan  1 camb. jintan manis atau jintan putih.
3.    Goreng semua bahan selama 5 minit.
4.    Masukkan bahan ke dalam kain, bungkus untuk menjadikan punjut.
5.    Tuam seluruh badan.

SOPAK

Sopak
Rawatan asas


Rawatan Penyakit

Bahan-bahan

5  akar bayam berduri hijau
Sebungkus gula batu
1 cawan air
Periuk tanah
Penapis plastik

Cara Penyediaan
1.   Basuh bersih-bersih akar bayam berduri hijau.
2. Masukkan secawan air ke dalam periuk tanah.
3.  Masukkan semua akar bayam  berduri hijau, rebus dengan api sederhana sehingga mendidih.
4.  Masukkan sedikit gula batu.
5.  Tapis air rebusan, biarkan sehingga suam.
6.  Minum air rebusan pada setiap malam.

Bahan-bahan

40 helai daun mambu
2 batang kulit kayu manis (patah-patahkan)
3- 4 keping daun lidah buaya (aleovera)
Sedikit habbatussauda’ (jintan hitam)
5  akar bayam berduri merah
Sebungkus bedak sejuk

Cara penyediaan
1.     Goreng daun mambu dan kulit kayu manis sehingga garing.
2.    Cincang kecil-kecil  daun lidah buaya.
3.    Masukkan daun mambu, kulit kayu manis, daun lidah buaya, dan 1 camt. habbatus sauda’ ke dalam mesin pengisar.
4.  Kisar semua bahan  sehingga hancur.
4.   Ambil sedikit bahan tersebut campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Sapu pada kulit.
5.    Simpan baki bahan di  dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.

EKZEMA

 Rawatan asas

Rawatan Penyakit

Bahan-bahan

5  akar bayam berduri hijau
Sebungkus gula batu
1  cawan air
Periuk tanah

Cara Penyediaan
1.   Basuh bersih-bersih akar bayam berduri hijau.
2.   Masukkan akar bayam berduri hijau ke dalam periuk tanah bersama dengan    secawan air.
3.  Rebus akar bayam berduri hijau dengan api sederhana sehingga mendidih.
4.  Tapis air rebusan ke dalam cawan, masukkan sedikit gula batu dan kacau mengikut arah lawan jam.
5.   Biarkan air menjadi suam
6.  Minum pada setiap malam.
7.   Simpan akar bayam berduri hijau  dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya. 

Bahan-bahan

5  akar bayam berduri merah
Sebungkus bedak sejuk
1 cawan air

Cara menyediakannya
1.   Basuh akar bayam berduri merah.
2.   Masukkan akar bayam berduri merah ke dalam pengisar bersama secawan air.
3.  Kisar akar bayam berduri merah sehingga hancur.
4.   Tapis jus akar bayam berduri merah ke dalam bekas.
 5.  Ambil sedikit  bedak sejuk campur dengan  sedikit jusnya. Sapu bedak sejuk pada kulit yang bermasalah.
4.    Simpan baki jus di dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya

TIDAK BERMAYA / TIDAK BERTENAGA


1 tin glukos tanpa perisa
1 cawan air suam

Cara menyediakannya
1.    Masukkan 1 camb. glukos ke dalam  secawan air suam. Kacau mengikut arah lawan jam.
2.    Minum pagi dan malam.

Kanak-kanak
1.    Masukkan 1 camt. glukos ke dalam secawan air suam. Kacau mengikut arah lawan jam.
2.    Minum pagi dan malam.

TONSIL BENGKAK

         5  akar bayam berduri merah
Sebungkus bedak sejuk
1 cawan air
Cara menyediakannya
1.    Basuh akar bayam berduri merah.
2.   Masukkan akar bayam berduri merah ke dalam pengisar bersama secawan air, kisar sehingga halus.
3.   Tapis airnya. Ambil sedikit bedak sejuk campur dengan  sedikit jus akar  bayam berduri merah. Sapu bedak sejuk pada leher.
4.   Simpan baki air dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya

TANYA TOK WAN


S : Mengapakah   periuk tanah digunakan untuk merebus ubatan tradisional?
J:  Kerana ubatan yang dimasak dengan periuk tanah akan masak perlahan-lahan selain dapat mengekalkan kepanasan

S:  Mengapakah perlu menggunakan biji  buah durian belanda?
J:  Untuk membuang angin dalam buah durian belanda

S:  Apakah tanda-tanda seseorang itu sakit?
J:  Ada 21 tanda orang sakit antaranya termasuklah
1.              Sembelit
2.            Sukar tidur malam
3.            Hilang selera makan
4.            Cepat letih
5.            Gatal-gatal di bawah lapisan kulit
6.            Bengkak di bahagian tubuh terutamanya kaki
7.            Telinga berdengung
8.            Jantung berdegup laju
9.            Rasa kebas di bahagian tubuh
10.         Sukar membuang air kecil
11.          Rasa menyucuk di bahagian tangan dan kaki
12.         Sukar mengangkat tangan atau kaki
13.         Kering air liur (sering dahaga)
14.         Batuk yang berterusan
15.         Sesak nafas
16.         Perut kembung
17.         Emosi berubah-ubah (murung, pemarah)
18.         Selalu demam (lebih daripada 5 kali sebulan)
19.         Selalu kejang
20.        Sakit kepala / migraine
21.         Rasa tak selesa

S: Mengapakah orang yang menjalani pembedahan seeloknya menuam badannya?
J:  Untuk membuang angin dalam badan

S:  Mengapakah kaki tiba-tiba bengkak?
J  :  Kaki yang bengkak  mungkin disebabkan masalah yang  berikut:
(a)  perut yang tidak sihat - bengkak di kedua-dua belah kaki;
(b) gout - bengkak di sebelah kaki;
(c)  masalah  buah pinggang;
(d)  masalah jantung;
(e)  bakteria menyerang;
(f)  urat dimasuki angin;
(g)  kanser tulang.

S:  Bagaimanakah  ciri-ciri sistem badan yang sempurna?
J:  Ciri-ciri sistem badan yang sempurna ialah ada selera makan, pembuangan air besar yang elok, dan tidur yang lena.

S:  Mengapakah di sekitar mata ada bintik-bintik?
J:  Bintik-bintik di sekitar mata menandakan kolestrol .

S:  Apakah menu kesihatan yang baik?
J:  Menu kesihatan yang baik termasuklah
1.     (a)  Ada selera makan
(b)  tidur yang lena
( c) pembuangan air besar yang elok
2.     Makan ikut jadual
3.    Bersederhana dalam makanan
(a)           Elakkan makanan yang  terlalu masin
(b)         Elakkkan makanan yang  terlalu manis
(c)          Elakkan makanan yang terlalu masam
4.     Elakkan makan makanan di antara jam 11 – 3 pagi.
-      Hal ini kerana ketika ini badan sedang membuang kotoran sekiranya anda  makan makanan berat, makanan itu akan dihadam oleh sebab itu tidak dapat membuang kotoran
5.     Elakkan tidur selepas makanan.
-      Seelok-eloknya tidur setelah 4 jam selepas makan. Hal ini kerana ketika tidur, makanan tidak boleh dicerna dan akan disimpan dalam badan
6.     Elakkan membiarkan diri anda lapar
7.    Membaca al-Quran
-       Membaca 1000 ayat sehari

S:  Mengapakah tangan sentiasa berpeluh
J:  Tangan yang berpeluh disebabkan oleh penghadaman yang kurang  baik

S:  Apakah punca sawan atau epilepsi?
J:  Sawan berpunca daripada kekurangan oksigen di otak dan sel-sel badan terlalu aktif

S:  Apakah tanda-tanda masalah buah pinggang?
J:  Tanda-tanda masalah buah pinggang termasuklah gatal-gatal, letih, bengkak-bengkak, dan kulit kering.

S:  Apakah organ yang paling sensitif?
J:  Organ yang paling sensitif  ialah tonsil

S:  Mengapakah ada kalanya kita  tiada selera makan?
J:   Tiada selera makan disebabkan oleh kawah perut yang dipenuhi dengan lemak dan lendir.

S: Apakah hipoglisemia?
J:  Hipoglisemia bukanlah sejenis penyakit tetapi merupakan komplikasi disebabkan paras glukos dalam darah  yang terlalu rendah.

S: Apakah tanda-tanda hipoglisemia?
J:  Tanda-tanda hipoglisemia termasuklah
(a)  cepat letih;
(b)  cepat lapar;
(c)  menggigil;
(d)  berpeluh-peluh;
(e)  pening (berpusing-pusing);
(f)  debaran jantung menjadi laju;
(g)  sukar tidur malam;
(h)  hilang keyakinan diri;
(i)  hilang keyakinan untuk sembuh

S:  Bagaimanakah cara merawatnya?
J:  Hipoglisemia dirawat dengan cara meminum air glukos tanpa perisa pada pagi dan malam, di samping itu makan dengan kerap tapi dalam jumlah yang sedikit kerana perut tidak boleh dibiarkan kosong.






PENGENALAN

Allah SWT telah mencipta pelbagai jenis penyakit. Namun, terlebih dahulu Allah SWT mencipta ubat-ubatannya. Pelbagai jenis penyakit itu adalah seperti yang berikut:
(a)   penyakit dari luar iaitu kulit;
(b)  penyakit dari organ;
(c)  penyakit dari kelenjar;
(d)  penyakit dari sendi;
(e)  penyakit dari urat;
(f)  penyakit dari jiwa atau batin;
(g)  penyakit dari sihir;
(h)  penyakit dari gangguan (jin).

Cara merawat penyakit juga ada pelbagai jenis, antaranya termasuklah:
(a)  perubatan moden;
(b)  perubatan homeopati;
(c)  perubatan cina (sinseh);
(d)  perubatan iridiologi;
(e)  perubatan melalui tanda;
(f)  perubatan melalui urutan tangan dan kaki.

Jenis-jenis ubatan pula adalah sepert yang berikut:
(a)  ubatan moden;
(b)  ubatan campuran herba;
(c)  ubatan campuran kulat;
(d)  ubatan daripada kulit dan organ haiwan;
(e)  ubatan daripada madu lebah dan susu;
(f)  ubatan daripada perahan buah-buahan atau herba.