Wednesday 8 June 2011

Penyakit Kulit Berpunca dari Hati

Rawatan Asas


Bahan-bahan

50 helai daun durian belanda
7 helai pucuk jambu
1 cawan air
mesin pengisar
penapis plastik

* kegunaan 7 malam

Cara penyediaan

1.  Ambil 16 helai daun durian belanda dan 2 pucuk jambu, basuh bersih-bersih.
2.  Masukkan daun tersebut bersama dengan  1 cawan air ke dalam mesin pengisar, kisar daun sehingga hancur.
3.  Tapis air yang telah dikisar.
4.   Minum air selepas makan malam.
5.  Ulangi langkah-langkah penyediaan  yang sama pada malam seterusnya dan habiskan baki daun pada  malam ke tujuh.

Bahan-bahan

300 gm bawang merah
300 gm bawang putih

Cara penyediaan

1.  Ambil 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih, basuh bersih-bersih.
2.  Goreng bawang tanpa  minyak beserta kulitnya  sehingga agak layu .
3.  Buang kulitnya dan makan dengan nasi (sebagai ulam).
4.  Ulangi cara yang sama sehingga bawang habis.


Rawatan Punca Penyakit

Bahan-bahan
7 botol susu kambing
40 helai daun mambu
50 ekor kerang rebus
Lesung batu
Periuk tanah
Sedikit air
*  kegunaan 7 hari

Cara Penyediaan

1. Basuh 40 helai daun mambu bersih-bersih.
2.  Masukkan daun mambu ke dalam lesung. Tumbuk hingga hancur.
3. Masukkan  sedikit air ke dalam lesung(sukatan acuan kuih lompang, anggaran kegunaan 7 hari).
4.  Tapis airnya.
5.  Ambil sebotol susu kambing, tuang  ke dalam periuk tanah.
6.  Didihkan susu kambing, masukkan ke dalam cawan, biar susu suam.
7.  Masukkan sedikit air daun mambu (simpan baki air mambu untuk kegunaan seterusnya).
8.  Minum susu kambing sambil diselang seli dengan   7 ekor kerang rebus.
9.  Ulangi cara yang sama pada hari seterusnya  dan habiskan baki kerang rebus itu pada hari ke tujuh.

Bahan-bahan

17  pokok dukung anak
sebungkus gula batu
Periuk tanah
1 cawan air

Cara Penyediaan

1.  Basuh bersih-bersih pokok dukung anak.
2.  Masukkan pokok dukung anak ke dalam periuk tanah bersama secawan air.
3.  Rebus semua pokok dukung anak dengan api sederhana.
4.   Setelah mendidih, masukkan sedikit gula batu.
5.  Tutup api, biarkan air rebusan suam, tapis airnya. Simpan pokok dukung anak dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.
6.  Minum air rebusan pada setiap malam.

Rawatan Penyakit

Bahan-bahan

5 akar bayam berduri hijau
Sebungkus gula batu
Periuk tanah
1 cawan air

Cara Penyediaan

1.  Basuh bersih-bersih akar bayam berduri hijau.
2.  Masukkan ke dalam periuk tanah bersama dengan secawan air.
3.  Rebus akar bayam berduri hijau dengan api sederhana sehingga mendidih.

Bahan-bahan

5 akar bayam berduri merah
Sebungkus bedak sejuk
1  cawan air

Cara penyediaan

1.  Basuh bersih-bersih akar bayam berduri merah.
2.  Masukkkan ke dalam mesin pengisar bersama dengan secawan air, kisar sehingga hancur.
3.  Tapis air akar bayam berduri merah ke dalam bekas.
4.  Ambil sedikit air tersebut,  campur dengan bedak sejuk.
5. Sapu campuran tadi pada kulit  yang bermasalah.
6;. Simpan air tersebut untuk kegunaan yang seterusnya.



1 comment:

  1. Online Casino Review and Free Bonus - XnX
    Online 카지노사이트 casino 카지노 reviews and bonuses by Xn Games. If you're looking for an overall player's experience then you should look no further. 퍼스트카지노

    ReplyDelete