Sunday, 5 June 2011

organ yang terlibat, penyakit, rawatan, pantang

JURUS 1

Jurus 1 merujuk pada bahagian tumit luar dan dalam  (kaki kanan dan kiri). Jurus ini melibatkan organ kelakian dan kewanitaan. Apabila urutan dilakukan pada bahagian ini, pesakit akan merasa amat sakit.

JURUS 1 PADA LELAKI

Jurus 1 pada lelaki melibatkan  organ kelakian seperti pundi kencing, saluran kencing, sperma, dan abdomen. Masalah yang dikesan pada Jurus 1 ini termasuklah hernia (angin pasang ), prostat, saluran kencing, buasir, kencing kerap, kencing malam, kencing tidak lawas, lemah tenaga batin, dan  bahagian abdomen.

HERNIA ATAU ANGIN PASANG

Hernia atau angin pasang ialah masalah yang biasanya berlaku pada lelaki. Bahagian yang bermasalah ialah testis (buah zakar). Hernia boleh berlaku pada bayi sehinggalah kepada lelaki dewasa. Masa serangannya tidak diketahui namun cara mengenal pasti hernia atau angin pasang adalah seperti yang berikut:
(a)  kedudukan testis (buah zakar) tidak sama (angin ambil alih);
(b)  hilang satu testis atau testis tiada di kelongsongnya;
(c)  hilang  kedua-dua testis;
(d)  bengkak di sebelah testis;
(e)  bengkak di kedua-dua belah testis;
(f)   keadaan testis, apabila berdiri keluar, apabila duduk masuk;
(g)  burut. 

Tanda-tanda yang menunjukkan masalah hernia atau angin pasang adalah seperti yang berikut:
(a)  rasa sengal di bahagian testis;
(b)  perut kembung atau rasa mengah (sebu);
(c)  biji kelenjar membengkak menyebabkan  suhu badan naik sehingga rasa seperti hendak demam;
(d)  sukar membuang air kecil;
(e)  kadang kala ada darah pada air  kencing;
(f)  bengkak di bahagian testis;
(g)  sakit pada testis sehingga tidak boleh disentuh;
(h)  keadaan yang kronik - sukar bernafas;

 Hernia pada Bayi  Lelaki
Hernia atau angin pasang boleh berlaku kepada bayi lelaki  setelah dilahirkan.Cara mengenal pastinya adalah seperti yang berikut:
(a)   semasa  bayi dalam kandungan,  kedudukan testis janin di bawah usus;
(b) setelah bayi  lahir, kerandut bayi kelihatan kempis (kosong), hal ini kerana testis bayi belum turun ke   kerandutnya;
(c) setelah  tiga hingga ke lima hari, barulah testis bayi akan turun perlahan-lahan ke kerandutnya.
(d) sebelum testis bayi turun ke kerandutnya, angin terlebih dahulu akan memasuki kerandut yang kosong itu dan hal ini akan menyebabkan bayi  sering menangis;
(e)  ibu bapa perlu mengambil berat  tentang hal ini dan memeriksa testis bayi;
(f)   ibu bapa perlu merawat bayi yang terkena hernia atau angin pasang ini  dengan cara menuam pada bahagian kerandut yang kosong itu untuk menghalau angin keluar.

Hernia atau angin pasang ini dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menuam (demah)  testis  menggunakan sama ada:
(a)  pasir sungai yang dicampur dengan halba dan jintan manis atau jintan putih, atau
(b)  garam kristal yang dicampur dengan  halba, jintan manis atau jintan putih.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan
surah al-Insan.

PROSTAT
Prostat ialah masalah kelenjar di bawah saluran kencing. Masalah  prostat ditunjukkan melalui tanda-tanda yang  berikut:
(a)  kencing yang sedikit (menitik);
(b)  sakit pada pundi kencing;
(c)  sukar membuang air kecil;
(d)  kencing yang tidak lawas;
(e)   terasa pedih apabila membuang air kecil.
Prostat dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan  menggunakan air beras serta  lobak putih, atau sarang burung layang-layang, kulit kayu manis, dan madu asli.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan
surah al-Insan.

SPERMA

Masalah pada sperma ialah sperma yang kurang  atau sperma yang tidak berfungsi.Masalah sperma dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menggunakan sama ada:
(a) bawang merah, bawang putih, telur ayam kampung, madu asli, kunyit hidup, habbatussauda', lada putih, dan telur ayam kampung, atau
(b) madu asli,  safron, minyak zaitun,  dan telur ayam kampung

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan surah al-Insan.  KIV

BUASIR

Masalah buasir  boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Buasir terdiri daripada buasir dalam dan buasir luar.
Buasir luar ialah keluar rembung dubur manakala tanda buasir dalam ialah keluar darah hidup (darah segar)ketika membuang air besar. Sekiranya buasir  dalam dibiarkan tanpa rawatan, buasir akan menjadi lebih teruk yang  boleh  mengakibatkan kanser. Buasir dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menggunakan daun durian belanda, pucuk jambu, bawang merah, bawang putih, dan buah delima batu mekah .

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan surah al-Insan.

SALURAN KENCING

Masalah pada saluran kencing ialah saluran kencing sempit atau sukar membuang air kecil.Tanda-tanda yang menunjukkan masalah saluran kencing ialah rasa sakit semasa membuang air kecil. Masalah saluran kencing ini dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan  menggunakan sama ada:
(a) air beras serta  lobak putih, atau
(b) sarang burung layang-layang, kulit kayu manis, dan madu asli.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan surah al-Insan.

KENCING MALAM

Kencing malam boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Masalah  ini  terjadi apabila pundi kenci yang penuh menghantar isyarat ke otak dan otak mentafsirkannya lalu  menghantar mesej ke mata tetapi tiada tindak balas lalu mesej dibawa ke alam mimpi. Maka pesakit akan bermimpi membuang air kecil di bilik air, di longkang, atau sebagainya. Kencing malam dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan mengelakkan minuman sejuk atau berkarbonat.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan surah al-Insan.

KENCING KERAP

Kencing kerap juga boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Masalah ini berpunca daripada pundi kencing yang tidak habis terbuka ketika membuang air kecil. Komplikasi daripada kencing kerap ialah masalah buah pinggang dan ereksi (mati pucuk).  Kencing kerap dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menggunakan sarang burung layang-layang, safron, serta madu  asli.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan surah
al-Insan.

KENCING TIDAK LAWAS

Kencing tidak lawas boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Kencing tidak lawas dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menggunakan sama ada:
(a)  air beras dan  lobak putih, atau
(b)  safron dan madu asli.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan surah
al-Insan.

SAKIT TUMIT

Sakit tumit pada lelaki berpunca daripada masalah organ kelakian seperti hernia Selain itu tanda-tanda awal masalah gout,  berat badan yang berlebihan, atau ketumbuhan tulang di tumit.

Berat badan berlebihan
Masalah berat badan yang  berlebihan berlaku pada lelaki dan wanita. Berat badan yang berlebihan akan menekan tulang dan menyebabkan tumit akan berasa sakit.  Masalah ini dirawat dengan limau kasturi serta madu asli, minyak zaitun, dan habbatussauda'.

Ketumbuhan Tulang di Tumit
Masalah ketumbuhan tulang ditumit akan menyebabkan tumit berasa sakit dan tidak selesa walaupun ketumbuhannya kecil sahaja. Masalah ini dirawat dengan cara pembedahan atau menuam  tumit dengan menggunakan sama ada:
(a)  pasir sungai yang dicampur dengan halba dan jintan manis atau jintan putih, atau
(b)  garam kristal yang dicampur dengan halba dan jintan manis atau jintan putih.
Menuam tumit akan menyebabkan ketumbuhan itu mengecil dan lama-kelamaan hilang.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan surah al-Insan

ABDOMEN

Abdomen ialah  rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yang berisi organ-organ seperti perut, usus, buah pinggang, dan hati). Masalah di abdomen ini lebih  meluas kerana melibatkan banyak  organ.  Rasa sakit di bahagian ini mungkin disebabkan masalah di bahagian tali perut (usus), batu karang, atau tulang belakang (selisih atau menekan urat saraf).

Tali Perut (usus)
Tali perut  atau usus merupakan pembuluh panjang yang berlingkar-lingkar. Usus terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Usus besar ialah bahagian tali perut yang menyalurkan sisa-sisa makanan untuk dikeluarkan sebagai najis, manakala usus  kecil (di antara perut dengan usus besar) ialah bahagian yang meng­hadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dalam badan. Masalah yang timbul daripada usus besar termasuklah sembelit, buasir, dan sakit pinggang, manakala masalaha daripada usus kecil ialah  serapan makanan.
Sembelit
Sembelit  disebabkan oleh najis yang lama dalam usus dan tidak dapat keluar akibat daripada kekurangan serat. Sembelit boleh membawa pada masalah buasir. Sembelit dan buasir  dirawat dengan urutan di Jurus 1 dan menggunakan daun durian belanda atau buah durian belanda, bawang merah, dan bawang putih.

Sakit pinggang
Masalah sakit pinggang berpunca daripada usus besar. Sakit pinggang dirawat dengan cara urutan di Jurus satu dan menuam bahagian pinggang dengan menggunakan  sama ada:
(a)  pasir sungai yang dicampur dengan halba dan jintan manis atau jintan putih, atau
(b)  garam kristal yang dicampur dengan halba dan jintan manis atau jintan putih.

Serapan makanan - masalah serapan makanan ialah makanan yang dimakan tidak dapat diserap oleh badan menyebabkan sel lama tidak dapat diganti dengan sel yang baru.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan \
surah al-Insan.

Batu karang
Batu karang disebabkan oleh penapis buah pinggang dan asid urid yang berlebihan. Batu karang biasanya terjadi di bahagian yang berikut:
(a)  di pundi kencing - batu karang biasanya berwarna putih;
(b)  di buah pinggang - batu karang biasanya berwarna kehitaman dan kemerahan;
(c)  di saluran dari buah pinggang ke pundi-pundi kencing - batu karang biasanya berwarna biji remia (ungu).
Batu karang dirawat dengan urutan di Jurus 1 dan menggunakan sarang burung layang-layang, safron, kulit kayu manis, dan madu asli.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Hasyr ayat 21.

JURUS 1 PADA WANITA

Jurus 1 pada wanita pula  merujuk pada organ kewanitaan seperti ovari, vagina, dan abdomen. Apabila urutan dilakukan pada Jurus 1, pesakit akan merasa amat sakit. Masalah yang dikesan pada Jurus 1 ini termasuklah umbilical hernia (angin pasang), fibroid, sista (cyst), hormon tak seimbang, senggugut,  sukar hamil, tiub fallapio tersumbat, kedudukan ovari tinggi, keguguran, kencing malam, kencing kerap, kencing tidak lawas, buasir, dan  bahagian abdomen.

UMBILICAL  HERNIA ATAU ANGIN PASANG

Umbilical  hernia atau angin pasang juga terjadi pada wanita. Bahagian yang terlibat ialah ari-ari iaitu
bahagian badan sebelah hadapan di antara pusat dengan kemaluan. Masalah ini dapat dikenal pasti melalui tanda-tanda yang berikut:
(a)   pusat bujal/timbul;
(b)   migrain yang kronik;
(c)  kitaran haid yang tidak normal;
(d)  tidak ada haid;
(e)  darah yang keluar berterusan (bukan darah haid) atau istihadah;
(f)  sakit belakang.
Umbilical hernia dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menuam sama ada menggunakan:
(a)  pasir sungai yang dicampur dengan jintan putih atau jintan manis, atau
(b)  garam kristal yang dicampur dengan jintan putih atau jintan manis.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan
surah al-Insan

Umbilical Hernia pada bayi perempuan
Umbilical hernia atau angin pasang juga terjadi pada bayi perempuan. Masalah ini dapat dikenal pasti dengan melihat keadaan pusat bayi. Pusat bayi yang bujal atau timbul menunjukkan masalah ini. Umbilical hernia dirawat dengan cara menuam pada pusat bayi sehingga pusat itu menjadi normal semula.

OVARI (RAHIM)
Masalah  pada ovari termasuklah fibroid dan sista (cyst).

Fibroid
Fibroid ialah ketumbuhan di hadapan ovari. Masalah ini dapat dikenal pasti melalui tanda-tanda yang  berikut:
(a) perut selalu kembung;
(b)  senggugut;
(c)  kitaran haid tidak normal;
(d)  darah keluar berterusan (bukan darah haid) atau istihadah;
(e)  haid yang berketul-ketul.

Fibroid dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menggunakan bunga pakma serta madu asli.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Hasyr.
Sista (cyst)
Sista atau cyst ialah ketumbuhan di dalam ovari.  Masalah ini dapat dikenal pasti melalui tanda-tanda  yang berikut:
(a)  rasa sakit pada bahagian abdomen;
(b)  rasa sakit semasa hubungan kelamin;
(c)  setelah berhubungan kelamin  keluar sedikit darah.

Sista (cyst) dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menggunakan bunga pakma, madu asli, serta safron.

Surah amalan
Pesakit  disarankan mengamalkan surah al-Waqiah dan surah al-Rahman atau surah al-Waqiah dan
surah al-Insan

VAGINA

Masalah pada vagina ialah dinding vagina berair dan kurang berfungsi.Tanda-tanda yang menunjukkan masalah pada vagina ialah keputihan dan keluar cairan seperti air (tanda basah pada seluar dalam). Keputihan disebabkan oleh alahan pada makanan tertentu atau pun  resdung. Cairan yang keluar dari vagina pula ada dua jenis iaitu cairan biasa dan cairan  yang menyebabkan rasa gatal-gatal pada vagina. Masalah pad vagina dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menggunakan daun kacip fatimah, bunga genggam fatimah, serta madu asli.

HORMON TIDAK SEIMBANG

Hormon yang tidak seimbang melibatkan kitaran haid yang tidak tetap dan ada kalanya tidak datang haid.
Hormon yang tidak seimbang dirawat dengan cara urutan di Jurus 1 dan menggunakan bunga pakma, daun kacip fatimah, bunga genggam fatimah, serta madu asli.

SENGGUGUT

Senggugut sering terjadi kepada wanita tanpa mengira peringkat umur. Dalam perubatan Refleksologi Jurus, senggugut di bahagikan kepada dua iaitu senggugut luar dan senggugut dalam.
Senggugut luar ialah rasa sakit semasa datang haid manakala senggugut dalam pula ialah:
1.  Sakit kepala
2.  Haid tidak teratur
3.  Tiada haid
4.  Haid berterusan (istihadah)
5.  Keputihan

Sukar hamil
Sukar hamil mungkin disebabkan masalah senggugut, keputihan, atau kencing manis.

Tiub fallapio tersumbat

Kedudukan ovari tinggi

Keguguran
Keguguran berlaku apabila sperma lambat sampai ke ovari pada masa yang sepatutnya. Sekiranya berlaku kehamilan, janin itu mungkin akan cacat. Keguguran dirawat dengan cara urutan di Jurus1 sebelum wanita itu  hamil dan menggunakan bunga pakma serta madu asli.

SAKIT TUMIT

Sakit tumit pada wanita menandakan masalah pada organ kewanitaan seperti masalah hormon, berat badan yang berlebihan, gout, dan ketumbuhan tulang di tumit.

ABDOMEN
Abdomen ialah  rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yang berisi organ-organ seperti perut, usus, buah pinggang, dan hati). Rasa sakit di bahagian ini mungkin disebabkan masalah di bahagian tali perut, sista (cyst), fibroid, batu karang  atau tulang belakang (selisih atau menekan urat saraf).


PANTANG
Pesakit yang mengalami masalah di Jurus 1 perlu mengelakkan makanan yang berikut:
(a)  pulut - berangin
(b)  sotong (sukar hadam, banyak asid)
(c)  daging haiwan empat kaki (sukar hadam, banyak asid)
(d)  telur masin (telur itik - hanyir) *;
(e)  pisang berangan (wangi, membentuk angin) *.
*kepada lelaki

No comments:

Post a Comment