Wednesday 29 June 2011

TANYA TOK WAN


S : Mengapakah   periuk tanah digunakan untuk merebus ubatan tradisional?
J:  Kerana ubatan yang dimasak dengan periuk tanah akan masak perlahan-lahan selain dapat mengekalkan kepanasan

S:  Mengapakah perlu menggunakan biji  buah durian belanda?
J:  Untuk membuang angin dalam buah durian belanda

S:  Apakah tanda-tanda seseorang itu sakit?
J:  Ada 21 tanda orang sakit antaranya termasuklah
1.              Sembelit
2.            Sukar tidur malam
3.            Hilang selera makan
4.            Cepat letih
5.            Gatal-gatal di bawah lapisan kulit
6.            Bengkak di bahagian tubuh terutamanya kaki
7.            Telinga berdengung
8.            Jantung berdegup laju
9.            Rasa kebas di bahagian tubuh
10.         Sukar membuang air kecil
11.          Rasa menyucuk di bahagian tangan dan kaki
12.         Sukar mengangkat tangan atau kaki
13.         Kering air liur (sering dahaga)
14.         Batuk yang berterusan
15.         Sesak nafas
16.         Perut kembung
17.         Emosi berubah-ubah (murung, pemarah)
18.         Selalu demam (lebih daripada 5 kali sebulan)
19.         Selalu kejang
20.        Sakit kepala / migraine
21.         Rasa tak selesa

S: Mengapakah orang yang menjalani pembedahan seeloknya menuam badannya?
J:  Untuk membuang angin dalam badan

S:  Mengapakah kaki tiba-tiba bengkak?
J  :  Kaki yang bengkak  mungkin disebabkan masalah yang  berikut:
(a)  perut yang tidak sihat - bengkak di kedua-dua belah kaki;
(b) gout - bengkak di sebelah kaki;
(c)  masalah  buah pinggang;
(d)  masalah jantung;
(e)  bakteria menyerang;
(f)  urat dimasuki angin;
(g)  kanser tulang.

S:  Bagaimanakah  ciri-ciri sistem badan yang sempurna?
J:  Ciri-ciri sistem badan yang sempurna ialah ada selera makan, pembuangan air besar yang elok, dan tidur yang lena.

S:  Mengapakah di sekitar mata ada bintik-bintik?
J:  Bintik-bintik di sekitar mata menandakan kolestrol .

S:  Apakah menu kesihatan yang baik?
J:  Menu kesihatan yang baik termasuklah
1.     (a)  Ada selera makan
(b)  tidur yang lena
( c) pembuangan air besar yang elok
2.     Makan ikut jadual
3.    Bersederhana dalam makanan
(a)           Elakkan makanan yang  terlalu masin
(b)         Elakkkan makanan yang  terlalu manis
(c)          Elakkan makanan yang terlalu masam
4.     Elakkan makan makanan di antara jam 11 – 3 pagi.
-      Hal ini kerana ketika ini badan sedang membuang kotoran sekiranya anda  makan makanan berat, makanan itu akan dihadam oleh sebab itu tidak dapat membuang kotoran
5.     Elakkan tidur selepas makanan.
-      Seelok-eloknya tidur setelah 4 jam selepas makan. Hal ini kerana ketika tidur, makanan tidak boleh dicerna dan akan disimpan dalam badan
6.     Elakkan membiarkan diri anda lapar
7.    Membaca al-Quran
-       Membaca 1000 ayat sehari

S:  Mengapakah tangan sentiasa berpeluh
J:  Tangan yang berpeluh disebabkan oleh penghadaman yang kurang  baik

S:  Apakah punca sawan atau epilepsi?
J:  Sawan berpunca daripada kekurangan oksigen di otak dan sel-sel badan terlalu aktif

S:  Apakah tanda-tanda masalah buah pinggang?
J:  Tanda-tanda masalah buah pinggang termasuklah gatal-gatal, letih, bengkak-bengkak, dan kulit kering.

S:  Apakah organ yang paling sensitif?
J:  Organ yang paling sensitif  ialah tonsil

S:  Mengapakah ada kalanya kita  tiada selera makan?
J:   Tiada selera makan disebabkan oleh kawah perut yang dipenuhi dengan lemak dan lendir.

S: Apakah hipoglisemia?
J:  Hipoglisemia bukanlah sejenis penyakit tetapi merupakan komplikasi disebabkan paras glukos dalam darah  yang terlalu rendah.

S: Apakah tanda-tanda hipoglisemia?
J:  Tanda-tanda hipoglisemia termasuklah
(a)  cepat letih;
(b)  cepat lapar;
(c)  menggigil;
(d)  berpeluh-peluh;
(e)  pening (berpusing-pusing);
(f)  debaran jantung menjadi laju;
(g)  sukar tidur malam;
(h)  hilang keyakinan diri;
(i)  hilang keyakinan untuk sembuh

S:  Bagaimanakah cara merawatnya?
J:  Hipoglisemia dirawat dengan cara meminum air glukos tanpa perisa pada pagi dan malam, di samping itu makan dengan kerap tapi dalam jumlah yang sedikit kerana perut tidak boleh dibiarkan kosong.






No comments:

Post a Comment